Haramkan terus penganjur 'Red Dress Run' - Mohd. Puad - Utusan Malaysia

Haramkan terus penganjur ‘Red Dress Run’ – Mohd. Puad

POLIS menahan tiga lelaki, termasuk dua warga asing kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh semasa menyertai Larian Antabangsa Pan Asia di Bandar Penawar, Kota Tinggi, baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemimpin UMNO menyarankan penganjur larian amal bertemakan ‘Red Dress Run’, baru-baru ini diharamkan terus dari menganjurkan apa sahaja aktiviti di Malaysia khususnya di Johor.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, larian dianjurkan Hash House Harriers baru-baru ini itu bukan mempromosikan Johor, tetapi menjahanamkan imej negeri itu.

“Buat apa bawa tradisi Hash House Harriers di negara ini. Banyak budaya negara dan Johor yang boleh diguna untuk larian amal. Bukannya dengan berpakaian nampak punggung dan promosi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

“Mana mungkin penganjur terlepas pandang. Sepatutnya mereka boleh nampak pakaian peserta dan boleh halang dari awal lagi penyertaan mereka atau ketika sedang berlari.

“Batalkan sahaja lesen mereka dan haramkan jadi penganjur masa akan datang. Memalukan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam, media melaporkan, Presiden Hash House Harriers Johor Bahru, A. Magendran berkata, larian baru-baru ini bertujuan mengumpul dana amal dan mempromosikan Johor khususnya Desaru.

Menurutnya, larian itu dianjurkan untuk keseronokan serta kebajikan semata-mata dan bukannya tidak menyokong atau menentang mana-mana kumpulan atau individu berkaitan seksual.

Polis sebelum ini dilapor menahan tiga lelaki, termasuk dua warga asing bagi membantu siasatan kelakuan tidak senonoh serta lucah semasa menyertai larian berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya