Guru terkejut terima manfaat Perkeso hasil caruman suami

Guru terkejut terima manfaat Perkeso hasil caruman suami

NIK Nazura Yusoff (dua dari kanan) menerima sumbangan Kotak Prihatin daripada Perkeso Kelantan yang disampaikan oleh Pengarah Sinergi Perkeso, Rahmat Ismail di Peringat, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang guru terkejut tindakan suaminya membuat caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) secara diam-diam oleh suaminya pada tahun lalu membolehkan dia menerima bayaran RM900 di bawah Faedah Hilang Upaya Kekal.

Nik Nazura Yusoff, 48 berkata, perkara itu hanya diketahui apabila dia mengalami kecederaan Ligamen Kolateral Medial (MCL) tahap satu pada lutut kanan selepas terjatuh semasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suri rumah.

Menurutnya, sebelum itu dia langsung tidak mengetahui suaminya, Raja Zaidi Raja Hassan, 49 telah mencarum dalam SKSSR yang membolehkan dia layak menerima manfaat Faedah Hilang Upaya Kekal.

“Saya hanya mendapat tahu mengenai perkara itu ketika menjalani rawatan di hospital pakar swasta apabila dia (Raja Zaidi) teringat bahawa dia pernah mencarum dalam skim tersebut di tempat kerjanya pada tahun lalu.

“Kami kemudiannya merujuk perkara itu ke pejabat Perkeso yang mengesahkan saya layak menerima manfaat akibat kecederaan yang dialami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan manfaat SKSSR oleh Ketua Bahagian Sinergi Perkeso, Rahmat Ismail di Peringat, di sini hari ini.

Guru Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 itu memberitahu, kejadian berlaku pada 5 Mei lalu ketika mengemas pakaian suaminya yang akan berangkat kembali ke Kuala Lumpur selepas menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga di Kelantan.

“Kami menjalani hubungan perkahwinan jarak jauh sejak tahun 2018. Ketika kejadian saya sedang menolongnya bersiap sebelum menaiki bas untuk kembali ke Kuala Lumpur dan Kebetulan pula saya agak letih ketika itu selepas memunggah air untuk kegunaan kami sebaik pulang dari sekolah.

“Ketika sedang mengambil kain dalam almari, entah bagaimana saya terjatuh dan bermula dari situlah saya merasa kesakitan pada lutut dan kaki kanan. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital saya disahkan mengalami MCL tahap satu dan diberi cuti sakit selama dua bulan,” ujarnya.

Sementara itu, Raja Zaidi bersyukur kerana mendapat kesedaran awal untuk mencarum dalam SKSSR apabila pihak Perkeso membuat promosi skim itu di tempat kerjanya pada Ogos tahun lalu.

“Ketika itu saya terfikir bagus juga jika buat caruman SKSSR bagi menghargai penat lelah isteri yang terpaksa menguruskan rumah serta anak-anak bersendirian di kampung dan saya hanya bersama mereka dua hari seminggu.

“Jadi saya terus buat caruman RM120 untuk setahun, malah turut menggalakkan beberapa orang rakan sekerja untuk turut sama mencarum. Saya bersyukur apabila telah melihat manfaatnya pada hari ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya