GTP diisi 70 peratus pelabur Jerman dalam tempoh dua tahun

GTP diisi 70 peratus pelabur Jerman dalam tempoh dua tahun

AB. RAUF Yusoh (empat dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Dr. Nicole Hoffmeister-Kraut (empat dari kiri) pada Majlis Perasmian Deutscher Brand Summit 2024 di MITC Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 70 peratus syarikat dari Jerman akan beroperasi di Taman Teknologi Jerman (GTP), Ayer Keroh di sini dalam tempoh dua tahun.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ketika ini kawasan perindustrian seluas 186.26 hektar itu sedang dalam pembinaan dan telah mendapat kelulusan teknikal daripada pihak berwajib.

Kata beliau, fasa seterusnya adalah membuat lakaran perancangan pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan.

“Buat masa ini terdapat 17 syarikat Jerman yang beroperasi di Melaka dan menjadikan kejayaan sebuah syarikat semi konduktor yang bertapak lebih 51 tahun sebagai rujukan. Promosi yang turut dilakukan kerajaan negeri memastikan kawasan GTP seluas 186.26 hektar akan diisi sekurang-kurang 70 syarikat Jerman yang berminat dalam tempoh dua tahun lagi.

“Kita baru mendapat kelulusan teknikal dan akan buat lakaran perancangan infrastruktur memandangkan lokasi ini mempunyai potensi besar berbanding kawasan lain,” katanya dalam sidang akhbar Deutscher Brand Summit 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Buruh dan Pelancongan Negeri Baden-Wurttemberg Jerman, Dr. Nicole Hoffmeister-Kraut.

Tambah Ab. Rauf, GTP yang dijangka siap dalam tempoh 12 bulan akan menjadikan Melaka bukan sahaja sebagai hab pelaburan syarikat berteknologi tinggi tetapi kepada pemain industri fesyen dari Jerman.

Menurutnya, GTP akan menjadi ikon kepada percambahan industri baharu dan memastikan kawasan tersebut mendapat faedah daripada Penggalak Perindustrian Melaka (MIB). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya