Golongan muda digalak ceburi pertanian, jayakan Belanjawan 2025

Golongan muda digalak ceburi pertanian, jayakan Belanjawan 2025

MAHFUZ Omar (dua kiri) melakukan gimik Pelancaran Kereta Percuma ke hospital untuk asnaf di negeri ini selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Generasi Sejahtera Malaysia di Kampung Terap, Jalan Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Golongan muda digalakan untuk menceburi bidang pertanian dalam menjayakan Belanjawan 2025 selepas kerajaan memperuntukkan RM300 juta untuk sektor berkenaan tahun hadapan.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Wira Mahfuz  Omar, berkata, penglibatan itu penting sebagai pelapis kepada golongan petani yang masih ditunjangi oleh mereka yang sudah berusia ketika ini.

“Setakat ini saya difahamkan hanya 15 peratus anak muda baharu berdaftar secara khusus dalam sektor pertanian.

“Menerusi peruntukan ini, golongan muda perlu mengambil inisiatif untuk memajukan sektor pertanian dengan sebaik mungkin sekali gus memastikan keterjaminan makanan negara mencukupi pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Generasi Sejahtera Malaysia dan Pelancaran Kereta Percuma ke hospital untuk asnaf di negeri ini di Kampung Terap, Jalan Bukit Marak di sini malam tadi.

Mahfuz memberitahu, pada masa sama beliau mahu ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang berdaftar di bawah LLP bagi memudahkan kerajaan mengumpul maklumat.

Katanya, setakat ini hanya 600,000 petani yang mendaftar sebagai ahli PKK selepas proses pemutihan dibuat.

“Saya berharap ahli PPK sama ada yang menanam padi, sayuran-sayuran dan buah-buahan serta penternak supaya meningkatkan hasil pertanian masing-masing.

“Hal ini kerana pertanian merupakan kekayaan dan bukan lagi sinonim dengan kemiskinan,” ujarnya.

Semalam, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerima peruntukan sebanyak RM300 juta bagi tujuan menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam belanjawan tersebut, kerajaan menambah sebanyak RM150 juta kepada kementerian berkenaan ekoran kesungguhan yang ditonjolkan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya