GISBH: Polis beku 206 akaun bernilai RM1.35 juta

GISBH: Polis beku 206 akaun bernilai RM1.35 juta

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini membekukan sebanyak 206 akaun berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dianggarkan bernilai RM1.35 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, tindakan pembekuan itu membabitkan sebanyak 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta serta satu akaun bank bernilai AS$1,344.26 (RM5,688.80).

Katanya, tindakan pembekuan akaun dan harta berkaitan GISBH diambil mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).

“Selain itu, kita turut membekukan pelbagai aset iaitu 31 kereta dan bas pelbagai guna serta 19 lot tanah.

“Sebanyak 19 kereta dan sebuah lori, wang tunai RM16,850, dua jam tangan jenama Amazfit dianggarkan bernilai RM600 serta pelbagai jenis haiwan dianggarkan bernilai RM230,000 turut disita,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, tindakan penyitaan dibuat mengikut Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613).

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, PDRM meneliti akaun bank yang dikaitkan dengan GISBH.

Razarudin dilaporkan berkata, ia penting bagi membantu siasatan lanjut membabitkan organisasi itu.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) bagi mengesan sekiranya wujud transaksi ke dalam akaun peribadi pemimpin kanan GISBH.

Sebelum ini, katanya, sebanyak 153 akaun yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH dibekukan antaranya 138 akaun bank membabitkan dana berjumlah RM882,795.94 manakala 15 akaun lagi ditutup.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya