GISBH dipercayai ada 23 aset bernilai RM52.4 juta di 10 negara - Utusan Malaysia

GISBH dipercayai ada 23 aset bernilai RM52.4 juta di 10 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dipercayai memiliki 23 aset dianggarkan bernilai RM52.4 juta di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya mempunyai maklumat GISBH memiliki aset-aset tersebut di 10 negara melibatkan Asia Tenggara, Asia Barat dan Eropah.

“Kita masih mengumpul maklumat-maklumat daripada luar melalui Polis Antarabangsa (Interpol) dan rakan-rakan serantau berkaitan aset-aset GISBH di luar negara.

“Kita mendapat satu maklum balas yang mengesahkan ada tiga premis di negara tersebut, papan tanda telah dibawa turun dan tingkap dan pintu ditutup dengan plastik hitam.

“Itu satu daripada maklum balas berkaitan GISBH di satu negara telah berhenti beroperasi. Bagaimanapun kita belum mendapat maklumat mengenai ahli-ahli di negara tersebut,” katanya dalam sidang akhbar Op Global di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini hari ini.

Tambahnya, pihak polis juga sedang menunggu maklumat lanjut daripada sembilan negara lain berkaitan pemilikan aset GISBH di luar negara.

Dalam pada itu, Mohd. Shuhaily berkata, pihaknya turut membekukan dan menyita pelbagai harta milik GISBH di dalam negara yang bernilai kira-kira RM19 juta.

Katanya, tindakan tersebut dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) [Akta 613].

“Setakat ini, PDRM sudah melaksanakan pembekuan pelbagai harta mengikut Seksyen 44(1) Akta 613 berjumlah RM17.04 juta

“Manakala tindakan penyitaan pelbagai harta juga dilaksanakan mengikut Seksyen 45(2) Akta 613 berjumlah RM2.86 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya