Genap setahun, solidariti terhadap Palestin tetap berkobar - Adly - Utusan Malaysia

Genap setahun, solidariti terhadap Palestin tetap berkobar – Adly

Himpunan 100K Bela Palestin - Solidariti 'Raya Bersama Gaza' di Jalan Tun Razak baru-baru ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Solidariti terhadap Palestin tetap berkobar di seluruh penjuru dunia walaupun genap setahun Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, perkara itu terutama di hati umat Islam yang memandang pembebasan Palestin bukan hanya sebagai isu politik, tetapi juga sebagai kewajiban moral dan agama.

“Hari ini, 7 Oktober 2024 genap setahun pembantaian rakyat Palestin oleh regim Zionis dengan bermulanya Operasi Taufan Al-Aqsa tahun lalu menjadi salah satu dari banyak pertempuran rakyat Palestin melawan penindasan yang mereka alami selama puluhan tahun.

“Hakikatnya, ia tidak bermula pada 1 Oktober 2023 tetapi telah bermula sejak 15 Mei 1948, An-Nakbah menjadi peristiwa hitam permulaan kepada penjajahan regim Zionis Israel terhadap tanah milik rakyat Palestin.

“Sejak itulah pe.mbun.uhan, pengusiran, dan kekerasan telah berlangsung tanpa henti khususnya di wilayah Gaza dan Tebing Barat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pada 7 Oktober 2023, Hamas mengisytiharkan serangan terbesar dengan membedil 5,000 peluru berpandu ke Israel sebagai tindak balas terhadap pencerobohan rejim di Palestin.

Serangan yang dipanggil ‘Operasi Taufan Al-Aqsa’ dilaporkan membunuh 1,200 rakyat Israel dan 250 lagi ditahan sebagai tebusan perang.

Susulan serangan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan peperangan dengan Hamas dan mengarahkan serangan udara di Gaza, termasuk pengepungan menyeluruh terhadap wilayah yang padat penduduk itu.

Pengeboman tanpa henti Israel terhadap wilayah terkepung itu, mengakibatkan angka kematian orang awam Palestin meningkat mendadak melebihi korban Israel dalam serangan awal Hamas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya