Gempur penunggang motosikal di kawasan industri

Gempur penunggang motosikal di kawasan industri

MUHAMMAD FIRDAUS Sharif bersama calon yang menerima lesen memandu kelas B2 di Auditorium Perzim Kompleks Muzium Rakyat, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggempur kawasan industri di seluruh negeri ini dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal yang terus meningkat setiap tahun.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Sharif berkata, kawasan industri menjadi tumpuan kerana kebanyakan pekerja menggunakan motosikal untuk pergi ke tempat kerja.

Menurutnya, berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 144 kes kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal direkodkan pada 2023 di Melaka manakala bagi tahun ini sehingga September merekodkan 137 kes.

“Berdasarkan statistik tahun ini kita jangkakan kadar kemalangan maut melibatkan golongan itu akan meningkat lebih tinggi berbanding tahun lalu.

“Justeru kita akan meningkatkan penguatkuasaan dan pergi ke setiap kilang kerana di sini ramai pekerja menunggang motosikal pergi ke tempat kerja. Kita akan periksa semua kenderaan itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Program MyLesen B2 JPJ Melaka 2024 dan Hari Eksplorasi Keselamatan Jalan Raya 2024 di Banda Hilir di sini, hari ini.

Seramai 2,500 calon menerima lesen memandu menerusi Program MyLesen B2 JPJ Melaka 2024.

Dalam pada itu, orang ramai yang terlibat menyambut baik usaha kerajaan memberikan lesen memandu kelas B2 secara percuma, khususnya kepada golongan B40.

Aishah Jegap, 38, dari Kampung Orang Asli Bukit Payung berkata, dia berasa lega kerana boleh menghantar anak-anaknya ke sekolah tanpa ragu-ragu.

“Sebelum ini saya menunggang motosikal tanpa lesen. Saya ada daftar hendak ambil lesen tetapi tidak pergi kerana ketika itu saya menjaga anak. Saya tidak lagi perlu risau ditahan anggota JPJ atau polis dan boleh pergi ke mana sahaja kerana sudah mempunyai lesen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya