GAZA: Protes dan bantahan berlangsung hampir di seluruh dunia bagi menzahirkan solidariti berterusan kepada rakyat Palestin ekoran genap setahun Israel melancarkan operasi ketenteraan di Gaza. Serangan dahsyat Israel sejak 7 Oktober 2023 menjadi detik hitam buat rakyat Palestin yang berjuang selama berdekad untuk mengembalikan hak kedaulatan tanah air mereka. Hampir serta-merta, Israel bertindak balas dengan melancarkan satu daripada kempen pengeboman paling dahsyat dalam sejarah ke atas Gaza dan mengepung sepenuhnya kawasan itu. Bulan-bulan berikutnya, masyarakat global menyaksikan pencerobohan darat berulang kali, pengeboman berterusan dan sekatan terhadap bantuan dan barangan komersial…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya