Fenomena tiang misteri dari awan pelangi cetus tanda tanya

Fenomena tiang misteri dari awan pelangi cetus tanda tanya

FOTO ini mencetuskan pelbagai pertikaian dan persoalan oleh pengguna di media sosial.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Satu fenomena aneh terakam di langit wilayah Ubon Racthathani di timur Thailand yang memaparkan objek misteri berupa tiang muncul dari awan berwarna pelangi.

Fenomena menakjubkan yang dirakam dalam sebuah gambar dan dikongsi di media sosial Facebook itu, mencetuskan pelbagai tanda tanya dan spekulasi mengenai asal usulnya.

Menurut akaun Facebook berbahasa Thailand itu, fenomena tersebut tidak sengaja dirakam pada pukul 5.30 petang di Jalan Ubon Khueang Nai, 21 Oktober lalu.

Sejak itu, foto tersebut mencetuskan pelbagai pertikaian dan persoalan oleh pengguna di media sosial.

Pakar dari Universiti Chulalongkorn, Prof. Madya Jessada Denduangboripant berkata, pihaknya boleh menganalisis imej tular itu sekiranya foto berkenaan tidak diubahsuai.

“Awan berwarna pelangi adalah fenomena semula jadi yang dikenali sebagai ‘kemeriahan awan’, yang berlaku apabila cahaya matahari berinteraksi dengan kristal ais, menghasilkan paparan yang ceria,” katanya.

Walaupun terdapat banyak penampakan dan imej yang dikongsi mengesahkan kemeriahan awan, kemunculan tiang hitam misteri itu masih belum ada jawapan.

Kemunculan luar biasa itu tidak kelihatan dengan mata kasar dan hanya muncul dalam rakaman kamera.

Jessada berpendapat, bayang hitam itu mungkin ‘distrail’, iaitu jejak atau kesan ditinggalkan oleh pesawat yang sering disalah anggap sebagai jejak peluru berpandu.

Katanya, distrail muncul apabila haba dan pergolakan pesawat mengewapkan kristal ais dalam awan, meninggalkan ruang yang boleh dilihat.

“Jika ia adalah distrail, seharusnya ia kelihatan dengan mata kasar. Misteri tiang ini tetap wujud.

“Diharapkan ia bukan hasil pengubahsuaian foto atau masalah dengan kamera,” katanya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN