Empat PATI Myanmar ditahan semasa tunggu bas

Empat PATI Myanmar ditahan semasa tunggu bas

EMPAT PATI Myanmar yang berjaya ditahan PGA semasa sedang menunggu bas di Stesen Bas Tasek Raja, Pasir Mas, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Hasrat empat pendatang asing tanpa izin (PATI) Myanmar untuk keluar dari negeri ini tidak kesampaian selepas ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan semasa sedang menunggu bas di Stesen Bas Tasek Raja di sini semalam.

Kesemua PATI itu ditahan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 11.30 malam.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah. 

Menurutnya, kesemua mereka dipercayai masuk ke negara melalui Thailand. 

“Kesemua mereka di tahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus memperketakan kawalan dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya