e-Book punca perpustakaan semakin kurang dikunjungi

e-Book punca perpustakaan semakin kurang dikunjungi

Mohd. Shamsul Baharin Isa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) mengakui akses bahan bacaan secara dalam talian seperti e-Book dan U-Pustaka menjadi punca perpustakaan kurang dikunjungi secara fizikal.

Pengarahnya, Mohd. Shamsul Baharin Isa bagaimanapunberkata, jumlah pengunjung hanya akan meningkat setiap kali tibanya musim peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan cuti persekolahan.

“Pada hari-hari biasa memang sangat kurang pengunjung fizikal. Hanya segelintir pelajar sekolah datang membuat ulang kaji pelajaran dan pelajar peringkat sarjana atau ijazah mencari bahan rujukan.

“Pandemik Covid-19 sebelum ini turut mempengaruhi jumlah kunjungan orang ramai ke perpustakaan awam.

Boleh dikatakan bilangannya tidak mencecah 100 orang sehari,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada 26 September lalu, Utusan Malaysia melaporkan, sebanyak 348 perpustakaan ditutup dalam tempoh lima tahun daripada 3,002 pada 2019 kepada 2,654 setakat tahun lalu.

Naib Presiden I, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Dr. Mohd. Faizal Hamzah berkata, hal ini berlaku kerana perubahan pentadbiran, pemusatan perpustakaan, dan penyatuan perpustakaan kecil selain faktor peralihan dunia ke arah digitalisasi.

Bagaimanapun jelasnya, peralihan ke arah digital bukan faktor utama bilangan semakin mengecil kerana perpustakaan di Malaysia turut bersama dalam transformasi ke arah perpustakaan digital.

Mohd. Shamsul Baharin memberitahu, PPAK menggalakkan orang ramai datang secara fizikal ke mana-mana perpustakaan awam berikutan suasananya lebih dekat dengan masyarakat berbanding platform maya.

Katanya, penggunaan platform maya berisiko mendatangkan stress, tekanan, kebosanan serta pelbagai masalah lain.

“Saya mengambil makluman perkara ini. Untuk makluman, saya banyak berhubung dengan pengarah-pengarah perpustakaan awam dari negeri-negeri lain untuk membincangkan pelbagai langkah bagi meningkatkan jumlah pengunjung fizikal ke perpustakaan awam,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya