Dua sang bedal masuk perangkap, seekor masih bebas

Dua sang bedal masuk perangkap, seekor masih bebas

ALFIESYAHRIL ANEWAR Ahmad memeriksa buaya tembaga betina seberat 200 kg yang memasuki perangkap di Sungai Malim, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perangkap berumpan itik yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bulan lalu berjaya menangkap seekor buaya tembaga dianggarkan seberat 200 kilogram (kg) di Sungai Malim di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Perhilitan Melaka, Alfiesyahril Anewar Ahmad berkata, beberapa anggotanya yang membuat rondaan berkala mendapati perangkap mengena kira-kira pukul 10 pagi.

Menurutnya, pihaknya percaya buaya betina berkenaan memasuki perangkap sepanjang 4.5 meter itu pada awal pagi, memandangkan rondaan petang kelmarin mendapati ia kosong.

“Saya percaya buaya yang ditangkap ini antara yang membaham beberapa ekor kambing milik penternak pada Mei dan Jun lalu di Kampung Tengah, Pulau Gadong.

“Berdasarkan gambar yang diambil penduduk di Kampung Tengah, saya percaya buaya ini merupakan antara disyaki membaham kambing milik penduduk di situ.

“Manakala seekor lagi buaya yang dianggarkan seberat 300 kg masih lagi bebas dan kita berusaha untuk terus memburu reptilia itu,” katanya ketika ditemui.

Tambah Alfiesyahril Anewar, reptilia itu bakal dipindahkan ke Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor dan perangkap akan dipasang semula selepas dibaiki selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu.

“Perangkap akan dipasang di lokasi sama untuk tempoh tiga minggu, jika tidak ada tanda-tanda sasaran berada di sungai ini, barulah berpindah ke lokasi lain. Kita akan pantau dulu dalam tempoh tiga minggu perangkap itu untuk melihat pergerakan reptilia ini kerana sungai ini panjang sehingga ke Kampung Tengah,” ujarnya.

Pada 26 Mei lalu, seekor buaya tembaga betina berukuran 2.7 meter panjang dan berat dianggarkan 300 kg memasuki perangkap yang dipasang di Kampung Tengah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya