Dua penuntut Polisas maut kemalangan - Utusan Malaysia

Dua penuntut Polisas maut kemalangan

KEADAAN motosikal dinaiki dua penuntut Polisas yang maut dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dua penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan, berhampiran Loji Rawatan Air Semambu di sini tengah malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 12.20 tengah malam itu, mangsa, Muhamad Nor Iman Mahadi, 20 berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan Muhammad Adib Suhail Jaeh, 20, dari Pulai, Johor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, motosikal yang ditunggang Muhamad Nor Iman dari arah Bandar Kuantan menghala ke arah Taman Dato Rashid di sini.

“Apabila perjalanan sampai di tempat kejadian, ketika motosikal sedang bergerak lurus secara tiba-tiba dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di atas jalan raya.

“Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN