Dua pekerja UNRWA terbunuh, kenderaan dibedil dron Israel

Dua pekerja UNRWA terbunuh, kenderaan dibedil dron Israel

KENDERAAN milik UNRWA yang dibedil oleh dron tentera Israel sedang dialihkan di Deir al-Balah, hari ini.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Dua pekerja Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) terbunuh dalam satu serangan udara Israel terhadap kenderaan mereka di tengah Gaza, hari ini.

Sumber perubatan di Hospital Syahid Al-Aqsa di bandar Deir al-Balah memberitahu Anadolu, dua kakitangan URWAN yang juga rakyat Palestin terbunuh selepas kenderaan mereka dibedil tentera Israel.

Menurut saksi, dron Israel menyerang kenderaan UNRWA di Jalan Salaheddin, mengakibatkan kematian dua kakitangannya.

UNRWA dan tentera Israel masih belum mengulas mengenai kejadian itu.

Tentera Israel meneruskan serangan dahsyat di Gaza sejak Oktober tahun lalu, walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera.

Lebih 42,000 rakyat Palestin terbunuh setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala sekitar 100,300 yang lain cedera.

Serangan Israel di Gaza menyebabkan hampir keseluruhan penduduk kehilangan tempatan tempat tinggal, di tengah sekatan berterusan kepada bekalan makanan, air dan perubatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya