Dua lelaki seludup kambing dicekup, tidak sempat nikmati untung

Dua lelaki seludup kambing dicekup, tidak sempat nikmati untung

KAMBING seludup yang dirampas selepas menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Dua lelaki tidak sempat menikmati keuntungan hasil jualan 44 ekor kambing seludup selepas lori yang dinaiki mereka sambil membawa haiwan itu ditahan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Repek, di sini semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 20 dan 55 tahun itu dicekup kira-kira pukul 12.30 tengah malam menerusi Op Taring Wawasan Kelantan yang dijalankan oleh anggota pasukan berkenaan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan di dalam lori sejurus ditahan membawa kepada penemuan 44 ekor kambing dengan anggaran berat lebih 2.2 tan

“Siasatan mendapati, kedua-dua suspek disyaki menjadi penghantar kepada kambing-kambing seludup itu ke pasaran tempatan.

“Kesemua haiwan ternakan itu dipercayai diseludup dari Thailand apabila ia tiada sebarang dokumen yang sah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, keseluruhan rampasan termasuk lori dinaiki kedua-dua suspek dianggarkan bernilai RM55,000.

Menurutnya, suspek dan barang rampasan diserahkan kepada kompeni taktikal Jeram Perdah di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya