Dua lelaki menyamar polis peras ugut warga asing - Utusan Malaysia

Dua lelaki menyamar polis peras ugut warga asing

YUSOF OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua lelaki dicekup kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dengan memeras ugut warganegara asing untuk mendapatkan wang di Bandar Tenggara. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada pukul 11.55 malam Isnin lalu daripada seorang lelaki warga asing berumur 38 tahun mengalami kerugian RM1,300.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Tenggara berjaya menangkap dua suspek berusia 20 tahun itu, keesokannya.

“Pihak polis telah merampas sebuah motosikal jenis Honda Wave 125 yang dipercayai digunakan oleh kedua-dua suspek bagi melakukan aktiviti jenayah berkenaan. 

“Hasil soal siasat awal juga mendapati kedua-dua suspek dipercayai terlibat dengan satu kejadian samun pada 22 September lalu di Jalan Pahlawan, Bandar Tenggara yang menyasarkan warganegara asing,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. 

Kedua-dua suspek kini ditahan reman empat hari hingga 11 Oktober ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 kanun yang sama.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menerusi talian 07-8837222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya