Dua lelaki ditahan seludup kerbau

Dua lelaki ditahan seludup kerbau

KERBAU seludup yang dirampas dalam serbuan di pangkalan haram Pak Ali, Pasir Mas, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menahan dua lelaki selepas dipercayai menyeludup seekor kerbau dari negara jiran dalam serbuan di pangkalan haram Pak Ali di sini semalam.

Penahanan dua lelaki berusia 28 dan 42 tahun itu dilakukan hasil rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini pada pukul 1.30 pagi.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah melihat sebuah sebuah lori berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Menurutnya, anggota bertugas kemudian terus bertindak menahan kenderaan tersebut untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas lori jenis Isuzu itu membawa kepada penemuan seekor kerbau di bahagian belakang kenderaan tanpa dokumen yang sah. 

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM9,750 dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Hasil rampasan diserahkan ke kompeni taktikal (Komtak) Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kedua-dua suspek itu dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kerbau tersebut ke pasaran tempatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya