Dua lelaki dicekup seludup 100 kg karkas babi

Dua lelaki dicekup seludup 100 kg karkas babi

PGA berjaya merampas karkas babi yang diseludup masuk ke negara ini selepas menahan dua lelaki di sekat pintas Mentuan, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan semalam-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup 100 kilogram (kg) karkas babi selepas menahan dua lelaki di sekat pintas Mentua di sini semalam.

Rampasan bernilai RM5,852 itu dilakukan pada pukul 5 pagi selepas PGA menahan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan ke atas trak pikap itu membawa kepada penemuan karkas babi dianggarkan seberat 100kg.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek gagal menggemukan dokumen sah berkait dengan barangan tersebut.

“Suspek yang masing-masing berusia 33 dan 36 tahun itu dipercayai bertindak sebagai penghantar barangan tersebut.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan ke kompenti taktikal (Komtak) Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

Katanya, PGA akan terus mempergiatkan usaha dalam mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya