Dua diburu kes samun jongkong emas RM5.9 juta - Utusan Malaysia

Dua diburu kes samun jongkong emas RM5.9 juta

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (dua kanan) menunjukkan antara barang rampasan kes pecah rumah melibatkan seorang lelaki warga tempatan pada sidang akhbar pelupusan barang kes dadah kontinjen Selangor tahun 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun jongkong emas bernilai RM5.9 juta milik sebuah syarikat pedagang di Kompleks Industri Puchong pada 13 September lalu.

Kedua-dua individu warga tempatan itu dikenal pasti berusia 28 dan 35 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku ketika seorang mangsa sedang meletakkan jongkong seberat kira-kira 16.9 kilogram di tempat duduk belakang kenderaan syarikat itu, kira-kira pukul 11 pagi.

“Mangsa didatangi sebuah kereta Perodua Axia yang dinaiki empat suspek lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

“Pengadu itu kemudian dipukul dan diacu parang sebelum suspek mengambil beg berisi jongkong tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, petang ini.

Jelas beliau, hasil maklumat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya memberkas lima lelaki dan dua wanita berusia 27 hingga 60 tahun pada pada 8 hingga 14 Oktober lalu.

“Polis turut merampas dua kereta dan peralatan samun selain barang kemas serta sejumlah wang tunai. Kita juga percaya suspek menggunakan hasil jual beli jongkong itu untuk membeli kenderaan mewah,” ujarnya.

Tambah Hussein, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan dan polis menyeru orang ramai tampil menyalurkan maklumat kepada IPD Serdang di talian 03-80742222,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya