Dua beranak nyaris maut motosikal dihempap pokok sawit tumbang di Benta, Lipis - Utusan Malaysia

Dua beranak nyaris maut motosikal dihempap pokok sawit tumbang di Benta, Lipis

KEADAAN motosikal mangsa yang dihempap pokok sawit dalam kejadian kemalangan di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta di Lipis, Pahang. - FOTO/IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Ibu dan anak nyaris maut apabila sebatang pokok sawit di lereng bukit tumbang lalu menghempap motosikal dinaiki di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta di sini.

Penunggang motosikal, S. Dhanalekchumi, 37, yang beralamat di Taman Teratai, benta mengalami kecederaan di leher dan dada.

Anak lelakinya yang membonceng kenderaan itu, K. Tanushroo berusia tujuh tahun cedera parah di bahagian kepala dan dada.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada pukul 1 tengah hari ini daripada orang awam yang menggunakan jalan tersebut.

“Mangsa seorang wanita sedang menunggang motosikal yang dibonceng oleh anaknya ketika kejadian tersebut dalam perjalanan dari sekolah pulang ke rumah.

“Setiba di tempat kejadian, tiba-tiba sebatang pokok sawit di lereng bukit tumbang menghempap kedua beranak ini. Hasil siasatan ketika kejadian keadaan cuaca agak buruk dan angin bertiup kencang,” katanya di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Menurut Ismail, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hosptal Lipis untuk rawatan lanjut.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Lipis menerusi talian 093121999 atau mana-mana balai polis berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN