Dua beradik lemas jatuh parit

Dua beradik lemas jatuh parit

Lemas jatuh parit
KEADAAN lokasi penemuan dua beradik (gambar kecil) yang lemas akibat terjatuh dalam parit dekat Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjong Karang, di Kuala Selangor, Selangor, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Dua beradik lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ketika bermain di kawasan parit di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjong Karang di sini, semalam.

Kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun itu dijumpai bapanya di kawasan parit berkenaan pukul 6.50 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azharudin Tajuddin berkata, siasatan pihaknya mendapati kehilangan mangsa disedari ahli keluarga, kira-kira pukul 6 petang.

“Dua kanak-kanak itu dipercayai sedang bermain di kawasan parit dan kemudiannya terjatuh. “Mangsa yang ditemukan bapanya kemudian dihantar ke Hospital Tanjung Karang sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat mati lemas.

“Parit berkenaan berkedalaman kira-kira antara lima hingga enam kaki (lebih 1.5 meter).

“Justeru, polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Sub Inspektor Che Abdul Hamid di talian 03-32698222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya.

Difahamkan, pasangan beradik itu terjatuh selepas dipercayai cuba mengambil bola di tepi parit berkenaan.

Kedua-dua mangsa dipercayai mengikut bapa mereka yang menghadiri gotong royong kenduri kahwin dekat sebuah rumah kenalannya di kampung berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN