TEMERLOH: Dua beradik perempuan di Kampung Seri Lebak di sini berdepan dugaan apabila masing-masing disahkan cacat kekal akibat kemalangan pada 7 Februari lalu.
Nik Haznita Saffiya Nik Husmadi, 19, hilang kaki kanan kerana terpaksa dipotong akibat kecederaan parah manakala adiknya, Nik Haziera Saffiya, 17, pula dipasang besi pada bahagian kaki kanan dan punggungnya.
Adik beradik tersebut kini dalam proses pemulihan akibat kemalangan itu khususnya Nik Haziera yang masih lagi terlantar dan tidak boleh berjalan manakala Nik Haznita pada fasa percubaan kaki palsu.
Ibu dua beradik itu iaitu Noriah Adjun, 42, berkata, dia bersyukur kerana dua anak perempuannya itu memberikan perkembangan positif untuk pulih selepas cedera parah dalam kemalangan.
“Selepas kemalangan dan dibawa ke hospital, doktor maklum dua anak saya ini 80 peratus tidak boleh diselamatkan kerana kecederaan parah dialami mereka. Bukan sahaja urat saraf putus, tulang kaki mereka juga hancur.
“Adik (Nik Haziera) banyak kecederaan sehingga patah tulang punggung, tapi Alhamdulillah, kedua-duanya pulih. Cumanya, mereka tidak lagi seperti insan normal lain kerana mengalami kecatatan kekal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Terdahulu, keluarga ini menerima kunjungan Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (Bakip) melalui Dana Asy-Syakirin yang tampil menyampaikan sumbangan bernilai RM 39,221.24 kepada mereka.
Mengulas lanjut, Noriah berkata, selain dua anaknya yang cacat kekal akibat kemalangan, anak keempatnya, Nik Haziqa Saffiya, 13, menghidap ketumbuhan dalam otak yang baharu diketahui tahun ini.
“Akibat penyakit dialami, saya dan suami, Nik Husmadi Ismail, 44, terpaksa mengambil keputusan menamatkan persekolahan Nik Haziqa bulan ini kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku terhadapnya di sekolah.
“Jika di rumah, saya dan suami boleh pantau tahap kesihatannya kerana dia kerap mengadu sakit kepala, tidak nampak. Bimbang jatuh ketika di sekolah,” katanya yang tabah menjaga kebajikan tiga anaknya walaupun dia sendiri mengidap penyakit paru-paru kronik.
Berkongsi tentang penyakit dialaminya, Noriah berkata, dia memang sejak kecil mengalami masalah sukar bernafas akibat penyakit asma dialaminya.TEMERLOH: Dua beradik perempuan di Kampung Seri Lebak di sini berdepan dugaan apabila masing-masing disahkan cacat kekal akibat kemalangan pada 7 Februari lalu.
Nik Haznita Saffiya Nik Husmadi, 19, hilang kaki kanan kerana terpaksa dipotong akibat kecederaan parah manakala adiknya, Nik Haziera Saffiya, 17, pula dipasang besi pada bahagian kaki kanan dan punggungnya.
Adik beradik tersebut kini dalam proses pemulihan akibat kemalangan itu khususnya Nik Haziera yang masih lagi terlantar dan tidak boleh berjalan manakala Nik Haznita pada fasa percubaan kaki palsu.
Ibu dua beradik itu iaitu Noriah Adjun, 42, berkata, dia bersyukur kerana dua anak perempuannya itu memberikan perkembangan positif untuk pulih selepas cedera parah dalam kemalangan.
“Selepas kemalangan dan dibawa ke hospital, doktor maklum dua anak saya ini 80 peratus tidak boleh diselamatkan kerana kecederaan parah dialami mereka. Bukan sahaja urat saraf putus, tulang kaki mereka juga hancur.
“Adik (Nik Haziera) banyak kecederaan sehingga patah tulang punggung, tapi Alhamdulillah, kedua-duanya pulih. Cumanya, mereka tidak lagi seperti insan normal lain kerana mengalami kecatatan kekal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Terdahulu, keluarga ini menerima kunjungan Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (Bakip) melalui Dana Asy-Syakirin yang tampil menyampaikan sumbangan bernilai RM 39,221.24 kepada mereka.
Mengulas lanjut, Noriah berkata, selain dua anaknya yang cacat kekal akibat kemalangan, anak keempatnya, Nik Haziqa Saffiya, 13, menghidap ketumbuhan dalam otak yang baharu diketahui tahun ini.
“Akibat penyakit dialami, saya dan suami, Nik Husmadi Ismail, 44, terpaksa mengambil keputusan menamatkan persekolahan Nik Haziqa bulan ini kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku terhadapnya di sekolah.
“Jika di rumah, saya dan suami boleh pantau tahap kesihatannya kerana dia kerap mengadu sakit kepala, tidak nampak. Bimbang jatuh ketika di sekolah,” katanya yang tabah menjaga kebajikan tiga anaknya walaupun dia sendiri mengidap penyakit paru-paru kronik.
Berkongsi tentang penyakit dialaminya, Noriah berkata, dia memang sejak kecil mengalami masalah sukar bernafas akibat penyakit asma dialaminya.- UTUSAN