D'Sawah Run masuk Kalendar Pelancongan Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

D’Sawah Run masuk Kalendar Pelancongan Negeri Sembilan

NICOLE Tan Lee Kon merasmikan dengan melepaskan peserta yang menyertai D'Sawah Run 2024 di Kompleks Homestay Gemas, Tampin hari ini-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Aktiviti larian D’Sawah Run di Gemas yang sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya kini dimasukkan sebagai satu acara baharu dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sembilan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, acara berkenaan mempunyai keunikan sendiri sebagai produk pelancongan yang berpotensi menarik kehadiran pengunjung.

“Selain menggalakkan aktiviti sihat, ia juga dapat mempromosikan keindahan bendang sawah serta suasana kampung yang terdapat di kawasan Londah.

“Pelbagai makanan Negeri Sembilan juga dapat dipromosikan kepada peserta kerana menerusi acara ini terdapat satu check point yang memberi peluang kepada peserta larian merasai sendiri keenakan rendang maman dan lemang yang menjadi produk daerah ini.

“Malam sebelum acara bermula, peserta turut berpeluang belajar memasak gulai kuning ikan baung dan udang,” katanya ketika ditemui pada program D’Sawah Run di Kompleks Homestay Gemas, di sini, hari ini.

Nicole Tan memberitahu, seramai 1,400 orang menyertai acara berkenaan, sekali gus menyaksikan peningkatan hampir tiga kali ganda berbanding hanya 500 peserta pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya