Disamun usai keluarkan wang - Utusan Malaysia

Disamun usai keluarkan wang

SEORANG lelaki disamun dua lelaki selepas mengeluarkan wang dari ATM sebuah bank di Senai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki yang menunggang motosikal selepas mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Senai, di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, dalam kejadian pukul 11 malam pada 26 September lalu, mangsa berusia 36 tahun diacukan sebilah pisau oleh salah seorang suspek usai mengeluarkan wang di bank berkenaan.

“Mangsa didatangi dua suspek yang menunggang motosikal. Salah seorang daripadanya  mengacukan pisau dan merampas dompet milik mangsa. 

“Mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan, namun mengalami kerugian sebanyak RM 1,350,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video papan pemuka kereta berdurasi 30 saat memaparkan mangsa berjalan keluar dari bank ke kereta sebelum disamun dua lelaki.

Seng Lee berkata, pihaknya kini giat mengesan dua suspek itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya