Didakwa dipukul kerabat diraja Pahang, mangsa kesal kes tiada perkembangan - Utusan Malaysia

Didakwa dipukul kerabat diraja Pahang, mangsa kesal kes tiada perkembangan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lelaki yang mendakwa dirinya diserang sekumpulan lelaki termasuk seorang kerabat dari Pahang kesal apabila kesnya yang pernah mendapat perhatian media awal bulan lalu masih tiada sebarang perkembangan.

Alias Awang, 44, ketika dihubungi Utusan Malaysia memaklumkan, sehingga kini dia tidak tahu sama ada kes terbabit masih berjalan ataupun tidak.

“Memang tiada apa-apa perkembangan, panggilan daripada pihak polis pun tiada. Tak tahu sama ada kes masih berjalan atau tidak,” katanya.

Ujarnya, kali terakhir maklumat diperoleh adalah apabila polis memaklumkan kertas siasatan untuk kes berkenaan sedang dilengkapkan dan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, lebih mengecewakan apabila tidak ada perkembangan dan susulan diperoleh walaupun selepas kesnya diserang dengan senjata tajam dan pistol tular sehingga mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Saya terpaksa mengambil pendekatan untuk membangkitkan kembali perkara ini di media supaya kes ini diambil perhatian. Tiada tindakan susulan diambil seolah-olah titah Tuanku (Tengku Hassanal) sebelum ini tidak diendahkan,” ujarnya.

Terdahulu pada 6 September, media melaporkan pekerja pembinaan itu mendakwa dipukul dan diserang menggunakan pisau serta pistol oleh sekumpulan lelaki termasuk membabitkan seorang kerabat diraja Pahang dalam kejadian di sebuah kandang kuda di sini.

Alias cedera di paha kanan dan kejadian itu dilaporkan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 8 Jun lalu selepas mendapatkan rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya