Desakan hidup punca penduduk sempadan jadi penyeludup

Desakan hidup punca penduduk sempadan jadi penyeludup

NIK Ros Azhan Nik Ab. Hamid (kiri) menyampaikan surat penghargaan kepada wakil Kosmo Biro Kelantan Muhammad Ayman Ghaffa semasa Majlis Hi-Tea Komander Briged Tenggara PGA Bersama Agensi-Agensi Penguat Kuasa di Pejabat Kompeni D, Batalion 8 Briged Tenggara di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Desakan hidup menjadi punca utama yang mendorong penduduk di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini menjadikan penyeludupan sebagai mata pencarian utama mereka.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh individu yang ditangkap menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

“Selain desakan hidup dan masalah ekonomi, kebanyakan penyeludup yang ditahan memberi alasan inilah cara mereka mencari makan (menyeludup).

“Untuk makluman juga, kebanyakan suspek yang ditangkap itu merupakan orang sama dan pernah dicekup sebanyak tiga hingga empat kali setahun,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea Komander Briged Tenggara PGA Bersama Agensi-Agensi Penguat Kuasa di Pejabat Kompeni D, Batalion 8 Briged Tenggara di Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, pada masa sama suspek yang ditahan berulang kali itu turut memaklumkan bahawa mereka tiada kehidupan lain selain sudah biasa melakukan kerja-kerja menyeludup daripada kecil.

Katanya, kebanyakan yang ditahan itu masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dan ada juga dalam kalangan mereka menggunakan kenderaan sama seperti kes terdahulu.

“Penyeludup juga seolah-olah tidak takut dengan undang-undang negara ini malah tidak menjadikan penangkapan mereka atau denda yang dikenakan sebagai pengajaran.

“Apabila dicekup, mereka membayar denda dan mengulangi semula kesalahan tersebut selepas itu. Disebabkan itu, mereka rela melakukan kerja-kerja menyeludup barangan subsidi atau kontraban berbanding penyeludup migran atau pendatang asing tanpa izin (PATI),” ujarnya.

Nik Ros Azhan bagaimanapun berkata, kebanyakan penyeludup mengetahui tindakan membawa PATI menyebabkan mereka berdepan tindakan tegas di bawah Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) yang memperuntukkan hukuman penjara dalam tempoh yang lama.

Katanya, disebabkan itu mereka berani untuk melakukan kerja-kerja penyeludupan barangan yang telah dilakukan secara turun-temurun dalam kalangan ahli keluarga.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya