DBKL roboh tempat cuci kereta, gerai haram - Utusan Malaysia

DBKL roboh tempat cuci kereta, gerai haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan empat premis membabitkan tempat cuci kereta dan gerai haram yang dibina tanpa kebenaran di kawasan Bandar Tun Razak dekat sini.

DBKL dalam kenyataan berkata, pihaknya menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal menjalankan tindakan roboh struktur cuci kereta dan gerai haram di sekitar Jalan 2/154 Taman Bukit Anggerik dan Jalan 40/154 Taman Dahlia.

Menurutnya, melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL melaksanakan empat tindakan roboh struktur yang dibina tanpa kebenaran DBKL menerusi peruntukan Seksyen 46 Akta Jalan Parit Bangunan 1974 – menimbulkan halangan di tempat/laluan awam.

“Struktur perniagaan yang dibina tanpa kelulusan dikenalpasti sebagai punca gangguan lalu lintas, pencemaran, dan masalah keselamatan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, tindakan ini selaras dengan komitmen DBKL dalam memastikan bandar Kuala Lumpur kekal teratur, selesa, dan selamat untuk semua.

“Siasatan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya