BEIRUT: Datuk Bandar Nabatieh terbunuh bersama lima yang lain dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan, menurut dua sumber keselamatan hari ini. Tentera Israel mendakwa, menyerang puluhan sasaran Hezbollah di kawasan Nabatieh dan membongkar kubu yang disebut sebagai ‘infrastruktur bawah tanah’. Terdahulu, Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan lima terbunuh dalam serangan terhadap sebuah bangunan perbandaran. Katanya, usaha pembersihan serpihan akibat serangan masih dijalankan. Israel secara mendadak meningkatkan kempen udaranya terhadap Hezbollah di Lubnan sejak 23 September lalu dan kemudian melancarkan serangan darat seminggu kemudian. Perang di Lubnan mengorbankan 1,356 nyawa di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya