Dapatkan nama mereka, kita akan buat tangkapan - Saifuddin - Utusan Malaysia

Dapatkan nama mereka, kita akan buat tangkapan – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta jumlah nama yang terlibat dalam sindiket ‘counter setting’ daripada sebuah media tempatan yang mendedahkan beberapa nama dalam terbitan artikel baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketiga-tiga nama itu seharusnya perlu diberikan kepada KDN untuk disemak dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi tujuan penangkapan.

“Saya minta ahli Parlimen Kepong untuk minta kepada MalaysiaKini supaya beri nama tersebut kepada kita dan kita serahkan kepada SPRM untuk menangkap (mereka) kerana (tindakan) itu lebih mudah. Dapatkan nama penuh mereka, sebutkan bukti kegiatan mereka dan saya akan serahkan kepada SPRM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng apabila beliau memetik pendedahan yang dibuat media tempatan berkenaan isu pendedahan nama melibatkan sindiket ‘counter setting’.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN