Cuti hujung minggu Johor kembali ke Sabtu, Ahad

Cuti hujung minggu Johor kembali ke Sabtu, Ahad – Tunku Mahkota Ismail

TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Cuti hujung minggu di negeri ini akan ditukar semula ke hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari depan.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, perkara itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Selepas mendapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar ke hari Sabtu dan Ahad.

“Saya juga menitahkan agar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam laman sosial Facebook rasmi baginda, hari ini.

Tunku Mahkota Ismail turut bertitah supaya semua syarikat swasta, kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat pada waktunya.

Pada 2014, cuti hujung minggu Johor telah ditukar ke hari Jumaat dan Sabtu seperti titah Sultan Ibrahim.

Selain Johor, negeri yang melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu ketika ini adalah Kedah, Terengganu dan Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN