Cubaan seludup 41,000 kg kelapa ke Thailand gagal

Cubaan seludup 41,000 kg kelapa ke Thailand gagal

TRELER yang digunakan suspek untuk menyeludup 41,000 kg kelapa selepas ditahan di SJR Neting, Pengkalan Kubor, Kelantan semalam-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas sebanyak 41,000 kilogram (kg) kelapa dipercayai cuba diseludup ke negara jiran selepas menahan sebuah treler semasa melalui  sekatan jalan raya Neting, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Dalam operasi itu pukul 10.15 malam itu, PGA turut menahan pemandu treler berusia 33 tahun bagi membantu siasatan berkaitan dengan rampasan bahan mentah itu.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Halim berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan keatas treler jenis Volvo tersebut membawa kepada penemuan buah kelapa seberat 41,000 kg.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati lelaki berkenaan gagal mengemukakan dokumen sah berkaitan dengan barangan yang dibawa.

“Suspek dipercayai bertindak sebagai penghantar bagi menyeludup buah kelapa tersebut ke negara jiran. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 205,000,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan barang rampasan kemudian diserahkan ke kompeni taktikal (Komtak) Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Peraturan 4(2)(b) Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 141 Rancangan Pemasaran Kelapa 1973.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya