Cuaca tidak menentu: Penoreh ‘ikat perut’

Cuaca tidak menentu: Penoreh ‘ikat perut’

GOLONGAN penoreh getah mula berjimat-cermat selepas cuaca tidak menentu ketika ini menyebabkan mereka tidak dapat keluar mencari rezeki di Rantau Panjang, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Penoreh getah di ne­geri mendakwa terpaksa ‘mengikat perut’ walaupun harga bahan mentah itu mencecah sehingga RM4.50 sekilogram susulan tidak dapat keluar menoreh susulan cuaca tidak menentu ketika ini.

Dakwa mereka, perubahan cuaca itu menyebabkan mereka tidak dapat menabung dengan baik apabila bilangan hari menoreh boleh dihitung dengan jari.

Seorang penoreh, Naimah Ismail, 59, berkata, sepanjang bulan lalu dia ‘hilang’ punca pendapatan kerana tidak dapat menoreh disebabkan hujan.

“Ketika ini harga getah sekitar RM4.30 hingga RM4.50 tetapi ia tidak memberi makna kepada kami.

“Kebetulan musim hujan, tak dapat keluar menoreh,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Tasek Berangan di sini semalam.

Naimah memberitahu, sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang membawa hujan lebat dia sudah mula berjimat cermat kerana tidak dapat keluar menoreh.

Katanya, pendapatan terakhir yang diperoleh hasil menoreh getah sebanyak RM500 pada Ogos lalu.

Sementara itu, Mariam Seman, 46, berkata, setiap kali MTL dia terpaksa berehat panjang dan bergantung sepenuhnya kepada simpanan yang ada.

Katanya, tempoh itu amat sukar diharungi kerana sepanjang MTL dia sekeluarga perlu mencatu bekalan makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya