BEIJING: Tentera China memulakan latihan tembakan menggunakan peluru hidup berhampiran Taiwan hari ini, sejajar dengan arahan Presiden Xi Jinping supaya pasukan tenteranya bersiap sedia menghadapi peperangan. Pentadbiran Keselamatan Maritim (MSA) berkata, latihan itu bermula pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) dan berlangsung selama empat jam di kawasan seluas kira-kira 150 kilometer persegi. Pihak berkuasa maritim tidak menyatakan pasukan China mana yang akan melaksanakan latihan tersebut atau objektif aktiviti itu. Sebagai tindak balas terhadap latihan tersebut, Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan pihaknya sedang memantau teliti semua aktiviti dan niat tentera China. Taipei…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya