CEO GISBH antara 16 ditahan hari ini di bawah SOSMA - Utusan Malaysia

CEO GISBH antara 16 ditahan hari ini di bawah SOSMA

Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd. Ali antara 16 individu yang hari ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata, sejak Op Global dilancarkan pada 11 September lalu 58 individu ditahan di bawah SOSMA termasuk 16 orang yang merupakan pengurusan tertinggi GISBH turut ditahan tengah hari, tadi.

“Mereka antara 415 individu yang ditahan dalam Op Global hingga fasa keempat

“Selain itu, seramai 35 individu masih dalam tahanan reman, 273 orang dijamin, 37 individu dibebaskan tanpa syarat, dua orang diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang lagi kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran,” katanya dalam sidang akhbar Op Global di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang fasa empat Op Global, seramai 625 mangsa telah diselamatkan berusia lingkungan dua bulan hingga 28 tahun.

Jelas beliau, seramai 553 mangsa setakat ini ditempatkan di 13 pusat perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala 72 orang lagi diserahkan kepada ahli keluarga mereka.

Ditanya bagaimana pihak polis ingin memastikan keselamatan kanak-kanak tersebut terjamin di bawah jagaan keluarga dipercayai ahli GISBH, beliau berkata, pihaknya yakin dengan JKM yang mempunyai prosedur ketat bagi meneliti keadaan keluarga.

“Prosedur JKM sangat ketat, mereka tidak akan bemarkan sesiapak akan ambil sebegitu mudah,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya