Cendawan subur di Kampung Pos Musuh kerana cuaca sejuk

Cendawan subur di Kampung Pos Musuh kerana cuaca sejuk

BAHADI Bahboy menunjukkan cendawan yang ditanam penduduk di Kampung Pos Musuh di Tapah. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Kampung Pos Musuh yang terletak di kawasan berbukit berketinggian lebih 600 meter dari aras laut bukan sahaja masih terjaga keindahan semula jadinya malah sesuai untuk tanaman cendawan.

Tok Batin kampung tersebut, Bahadi Bahboy, 49, berkata, suhu di perkampungan itu boleh mencecah sehingga 14 darjah Celcius yang menyebabkan pengeluaran cendawan tiram kelabu lebih cepat iaitu kira-kira 30 hari berbanding 60 hari kebiasaannya.

“Cendawan amat sesuai pada cuaca yang sejuk dan gelap jadi ia agak menjadi di sini untuk jualan serta dimakan sendiri.

“Kami seramai 19 orang termasuk lelaki dan wanita mengusahakan kira-kira 12,500 bongkah cendawan tiram kelabu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Katanya, tanaman cendawan itu sebagai pendapatan sam­pingan kepada mereka dengan hasil kira-kira RM1,500 setiap bulan.

“Tidak banyak air yang perlu digunakan untuk menyiram bongkah-bongkah cendawan itu. Hasil dijual di kedai runcit dan pasar pagi di sekitar Tapah.

“Sebenarnya, banyak yang masih kami perlu belajar de­ngan mentor kami iaitu usahawan cendawan terkenal iaitu pasangan suami isteri, Asnizad Abdul Wahab dan Mohd Hata Ali,” katanya.

Dalam pada itu, Suraini Bah Kasim, 25, berkata, bongkah cendawan yang tidak lagi mengeluarkan hasil boleh dikitar semula untuk dijadikan baja bagi tanaman sayur-sayuran.

“Ini dapat membantu me­ningkatkan ekonomi keluarga saya selain menjual buah durian kampung, hutan dan hasil hutan yang banyak terdapat di sini.

“Walaupun kami Orang Asli dan tinggal di pedalaman, kerajaan tidak mengabaikan kebajikan kami di sini dengan bantuan projek cendawan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya