KUALA TERENGGANU: Bakat menghasilkan diorama atau miniatur tiga dimensi (3D) digunakan Mohd. Ihsan Mohd. Saidi, 38, untuk mencari pendapatan sampingan sejak sembilan tahun lalu. Menurutnya, pada awal dia menghasilkan diorama rumah dengan suasana kampung menggunakan lidi atau batang aiskrim sekadar hobi. Namun, katanya, perkembangan kreativiti, seni serta pilihan bahan mendorongnya menghasilkan pelbagai diorama yang dijual serendah RM150 sehingga mencecah ribuan ringgit. Malah, tambahnya, diorama sentuhannya juga mendapat tempahan daripada jabatan-jabatan kerajaan dan peminat miniatur dari seluruh negara. “Masa diambil untuk menyiapkan tempahan bergantung pada saiz. Ada yang boleh siap sehari,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya