JERSEY CITY: Salinan buku Life of King Henry the Fifth karya William Shakespeare dipulangkan ke perpustakaan New Jersey selepas 101 tahun dipinjam.
Pegawai Perpustakaan Awam Paterson berkata, seorang wanita bernama Cynthia Delhaie menemukan buku tersebut semasa menyusun barangan milik mendiang neneknya, Arlene Delhaie dan mendapati buku itu dipinjam dari perpustakaan pada 1923.
Dalhaie menghubungi pihak perpustakaan dan mengatur untuk memulangkan buku itu.
“Tidak terlambat untuk memulangkan bahan perpustakaan meskipun sudah kelewatan.
“Ini adalah kali pertama saya menghadapi situasi sebegini sepanjang lebih 20 tahun bekerja dalam bidang ini,” kata Pengarah Perpustakaan Awam Paterson, Corey Fleming.
Beliau berkata, cetakan buku tahun 1910 tersebut adalah edisi terhad dan sangat bernilai bagi pengumpul.
Bagaimanapun, kelewatan pemulangan buku itu belum menyaingi salinan Ivanhoe oleh Sir Walter Scott di Perpustakaan Poudre di Colorado pada awal tahun ini, yang dipulangkan 105 tahun selepas tamat tempohnya pada 13 Februari 1919.- AGENSI