Bukan pesawat terhempas, hanya latihan kecemasan - Utusan Malaysia

Bukan pesawat terhempas, hanya latihan kecemasan

MESEJ tular berkaitan kapal terbang membawa 77 penumpang hanyalah latihan melibatkan pelbagai agensi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menafikan berlaku insiden kapal terbang membawa 77 penumpang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) malam tadi sebaliknya ia hanya latihan membabitkan agensi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kejadian semalam hanyalah satu latihan bersama semua agensi dalam mengendalikan insiden kapal terbang terhempas.

“Latihan malam tadi turut dipantau Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular berkaitan insiden kapal terbang terhempas di LTAAS menyebabkan 10 mati dan 67 cedera malam tadi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya