Budak perempuan enam tahun lemas jatuh parit

Budak perempuan enam tahun lemas jatuh parit

Budak lemas
KANAK-kanak perempuan ditemukan lemas akibat terjatuh dalam parit selepas bermain basikal. Sulaiman Abdul Razak (tengah, gambar kecil) menziarah keluarga mangsa dekat kediaman mereka di Kampung Sungai Kajang Lama, Tanjong Karang, di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan lemas selepas terjatuh dalam parit ketika bermain basikal di Kampung Sungai Kajang Lama, Tanjong Karang di sini, semalam.

Mangsa berusia enam tahun itu dijumpai seorang ahli keluarganya di parit berkenaan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 9.01 malam dan mendapati mangsa dipercayai bermain basikal berdekatan kawasan parit di kampung berkenaan.

“Kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang sejak pukul 5 petang. Mayat mangsa kemudian ditemukan ahli keluarga di dalam parit sedalam dua hingga tiga meter tersebut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang dan disahkan meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas. Tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan kanak-kanak itu,” ujarnya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu tampil menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairul Anwar Abdul Kadir di talian 03-32891222 atau mana-mana polis berdekatan.

Terdahulu,Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak dan pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas)
turut hadir menziarah keluarga mangsa.

Utusan Malaysia semalam melaporkan dua beradik lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ketika bermain di kawasan parit di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjong Karang.

Kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun itu dijumpai bapanya di kawasan parit berkenaan pukul 6.50 petang kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya