Bomba usaha selamatkan wanita dihempap pokok di Gunung Tahan - Utusan Malaysia

Bomba usaha selamatkan wanita dihempap pokok di Gunung Tahan

WAN Mohammad Zaidi Wan Isa (dua dari kiri) ketika menyampaikan cenderahati kepada wakil agensi terlibat latihan DMEX di Gempex di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang sedang berusaha untuk membawa keluar pendaki wanita yang mengalami kecederaan dihempap pokok ketika tidur di Kem Seputih, Gunung Tahan, Jerantut di sini.

Difahamkan, wanita berusia 49 tahun itu dipercayai bersama sekumpulan pendaki mula mendaki dari 7 Oktober lalu melalui Sungai Relau, Merapoh dan sepatutnya dijadualkan turun semalam.

Pengarah JBPM Pahang, Datuk Ir. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian itu oleh kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang.

“Kita dapati ada kejadian membabitkan sekumpulan pendaki Gunung Tahan yang mana ketika sedang tidur, salah seorang daripada mereka cedera akibat dihempap pokok dan menyebabkan pinggangnya patah serta tidak sedarkan diri.

“Jabatan bomba boleh guna jalan darat, tapi ia mengambil masa dua hari, jadi kita sedang memohon bantuan untuk menggunakan helikopter bagi membawa keluar mangsa,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian penutup Latihan Pengurusan Bencana (DMEX) Gebeng Emergency MTBE PDH Exercise (Gempex) di sini hari ini.

Seramai 356 peserta dari pelbagai agensi terlibat dalam latihan kali ke-11 berkenaan yang diadakan bagi mengasah dan memantapkan kemahiran serta keupayaan pasukan penyelamat dan agensi yang terlibat dalam menghadapi bencana khususnya berkaitan insiden melibatkan industri.

Wan Mohammad Zaidi dalam pada itu menasihatkan orang ramai terutama yang gemar menjalani aktiviti beriadah di kawasan tinggi atau kawasan perairan untuk menangguh dahulu perancangan mereka.

“Ini kerana dengan cuaca tidak menentu ini, kemungkinan kalau di kawasan air terjun boleh berlakunya kepala air dan kalau mendaki, mungkin menyebabkan keadaan licin dan bila angin kuat boleh menyebabkan pokok tumbang dan sebagainya. Jadi, sebolehnya minta tangguh dahulu program-program beini kerana banyak risikonya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya