Berhenti jurutera jadi tukang jahit

Berhenti jurutera jadi tukang jahit

ZAKI Ismail menjahit seluar denim milik pelanggan yang dibaiki di kedainya di Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Minat mendalam terhadap pakaian denim mendorong seorang jurutera elektrik di sebuah syarikat minyak dan gas bertukar kerja kepada tukang jahit.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Zaki Ismail, 39, yang menggemari pakaian itu berkata, kesukaran mencari tukang jahit mahir membuatkan dia nekad memperbaiki seluar miliknya sekitar tahun 1999.

Menurutnya, bertitik-tolak dari situ rakan-rakan mula memberikan kepercayaan kepadanya untuk membaiki seluar mereka dan ia berkekalan sehingga hari ini.

“Minat menjahit mula berputik sejak dibangku sekolah menengah. Waktu itu, saya turut membawa mesin jahit mudah alih khas untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.

“Selepas tujuh tahun, saya mengambil keputusan berani dengan meninggalkan kerja di syarikat minyak dan gas untuk memberikan tumpuan kepada bidang jahitan denim dengan membuka kedai pada 2012,” katanya ketika ditemui di kedainya di Jalan Telipot di sini baru-baru ini.

Zaki berkata, dia beruntung apabila mendapat tunjuk ajar daripada jiran sekampung yang merupakan bekas tukang jahit denim jenama terkenal antarabangsa.

Selain itu, dia bersyukur dapat menimba pengalaman berkaitan dunia jahitan denim selepas sehingga 22 negara semasa menjadi jurutera.

“Alhamdulillah, tukang jahit menjadi kerjaya utama saya untuk menyara isteri dan tiga anak berusia antara satu hingga 10 tahun.

“Saya juga banyak menghasilkan produk jenis denim iaitu topi, beg, jubah, seluar dan alas perabot. Upah untuk membaiki denim pula serendah RM10 hingga RM200 bergantung kepada jenis denim,” ujarnya.

Zaki berkata, sebanyak 15 buah mesin jahit dan sebahagian daripadanya diimport dari Amerika Syarikat dan Jepun.

Katanya, dia membelanjakan sebanyak RM400,000 untuk membeli kelengkapan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya