Berhenti bertikam lidah jika ikhlas bekerjasama - Sheikh Umar - Utusan Malaysia

Berhenti bertikam lidah jika ikhlas bekerjasama – Sheikh Umar

SHEIKH UMAR BAGHARIB ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan  Pakatan Harapan (PH) perlu berhenti bertikam lidah sekiranya masing-masing ikhlas bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali yakin kerjasama antara kedua-dua gabungan itu adalah yang dimahukan majoriti rakyat.

“Hanya pembangkang yang mahu kerajaan ini kacau bilau bagi meruntuhkannya. Justeru, PH dan BN perlu menstabilkan suhu politik supaya kerajaan yang ada boleh fokus terhadap agenda besar memulihkan ekonomi negara.

“Sebagai orang politik, takkanlah lebih ‘dungu’ daripada rakyat biasa. Belum seminggu menang pilihan raya sudah mahu bawa keluar pisau, parang, peluru dan pistol, tembak antara satu sama lain dan tembak kaki sendiri.

“Malulah pada rakyat yang sentiasa memerhati. Semasa berkempen semuanya cantik, boleh ketepikan perselisihan dan melihat objektif lebih besar untuk rakyat. Tetapi selepas menang, terus bergaduh macam budak-budak tidak matang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Sabtu lalu, calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah menewaskan calon Perikatan Nasional (PN(, Mohamad Haizan Jaafar dengan majoriti lebih 20,000 undi.

Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau mendakwa kemenangan calon BN itu adalah disebabkan sokongan padu yang diberikan penyokong PH kerana UMNO masih berada dalam keadaan ‘sakit’.

Susulan itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman menempelak Cheng Hau yang disifatkannya masih bersikap rasis dan mengamalkan budaya politik sempit serta lapuk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya