Belanjawan 2025: Tumpu sektor semikonduktor, digitalisasi - Utusan Malaysia

Belanjawan 2025: Tumpu sektor semikonduktor, digitalisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan disaran memberikan tumpuan utama terhadap dua sektor strategik iaitu semikonduktor dan digitalisasi dalam Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan 18 Oktober ini.

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata, kedua-dua sektor tersebut mempunyai potensi besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, sektor semikonduktor yang sedang berkembang pesat berikutan permintaan tinggi dari negara serantau khususnya China perlu diberi perhatian yang lebih dalam perancangan belanjawan akan datang.

“Permintaan terhadap semikonduktor tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Oleh itu, kerajaan harus mengukuhkan lagi sokongan dan rangka kerja untuk sektor ini agar Malaysia dapat bersaing di peringkat global.

“Begitu juga dengan kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), kerajaan perlu mengambil langkah proaktif untuk memastikan negara tidak ketinggalan. Peningkatan kecekapan jalur lebar dan infrastruktur digital juga sangat penting,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal melibatkan pandangan pelbagai lapisan rakyat. 

Mengulas mengenai penambahbaikan yang diperlukan dalam belanjawan kali ini, Bashir Ahmad berkata, kerajaan perlu meletakkan garis panduan yang jelas dan melaksanakan dasar secara berperingkat.

Katanya, penyusunan strategi pelaburan dan kemasukan modal luar adalah penting untuk memastikan pembangunan yang mampan dan seimbang dalam sektor-sektor berkenaan.

“Untuk menjamin kesejahteraan rakyat di kala kos sara hidup semakin meningkat, kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dalam mengatasi isu inflasi terutamanya dalam memastikan harga barangan keperluan kembali stabil.

“Bantuan Sara Hidup (BSH) perlu ditambah baik dengan aliran modal yang lebih baik kepada golongan yang layak sementara subsidi untuk bahan sumber asli dan barangan keperluan harus dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya