Belanjawan 2025: Tiada projek mega beri nafas baharu kepada kontraktor G1 hingga G4

Belanjawan 2025: Tiada projek mega beri nafas baharu kepada kontraktor G1 hingga G4

MOHD. ROSDI AB. AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) melihat ketiadaan projek mega yang akan dilaksanakan oleh kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2025 semalam memberi ruang kepada kepada lebih 80,000 kontraktor G1 hingga G4 untuk kembali bernafas.

Presidennya Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, pengumuman Perdana Menteri itu menjadikan lebih banyak projek kecil dan sederhana akan dilaksanakan sekali gus membolehkan kontraktor berkenaan memperoleh manfaat.

“Kita gembira dan menyambut baik pengumuman ini. Sudah, semestinya ia memberi nafas baharu kepada kami apabila sebanyak RM1.3 bilion diperuntukkan bagi memperkasa kontraktor G1 hingga G4 khususnya Bumiputera selain beberapa peruntukan khas lain.

“Bilangan kontraktor G1 hingga G4 adalah 80 peratus daripada keseluruhan lebih 100,000 kontraktor yang berdaftar,” kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, sejak pandemik Covid-19 melanda negara beberapa tahun lalu golongan kontraktor antara kumpulan yang terkesan dengan situasi tersebut.

Katanya, beliau berharap pelaksanaan projek yang dibuat oleh agensi berkaitan bersifat adil dan terbuka kepada seramai mungkin kontraktor yang akan mendapat projek itu nanti.

Semalam media melaporkan, kerajaan bersetuju memperuntukkan RM1.3 bilion untuk memperkasa kontraktor G1 hingga G4 khususnya Bumiputera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia bakal memberi peluang kepada kontraktor melaksanakan projek kecil dan sederhana seperti pembinaan jalan raya serta pembaikan dan penyelenggaraan prasarana awam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya