Belanjawan 2025: Pengupayaan Negeri Sembilan tingkatkan hasil padi disokong - Utusan Malaysia

Belanjawan 2025: Pengupayaan Negeri Sembilan tingkatkan hasil padi disokong

JALALUDDIN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengupayaan kerajaan Negeri Sembilan untuk mengeluarkan hasil padi mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan menerusi Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ia menerusi penyediaan peruntukan sebanyak RM300 juta yang diumumkan bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, termasuk bagi untuk meningkatkan hasil padi di negeri ini.

“Pengupayaan kerajaan Negeri Sembilan terhadap hasil padi di negeri ini telah menunjukkan kejayaan apabila Perdana Menteri turut mendukung usaha tersebut.

“Buktinya melalui Belanjawan 2025, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM300 juta bagi proses jalinan kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, termasuk bagi meningkatkan hasil padi di Negeri Sembilan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri.

Ketika ini Negeri Sembilan mempunyai kira-kira 800 hektar kawasan sawah padi.

Sementara itu, Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berterima kasih atas peruntukan besar terhadap inisiatif meningkatkan taraf hidup Orang Asli menerusi Belanjawan 2025.

“Selaku kawasan Parlimen yang memiliki kawasan Orang Asli yang besar, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas peruntukan besar terhadap inisiatif peningkatan taraf hidup Orang Asli melalui projek pembangunan semula ladang iaituberjumlah RM380 juta,” katanya.

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen hari ini turut memaklumkan sejumlah RM10 juta turut disediakan untuk pertubuhan bukan kerajaan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli bekerjasama membina rumah di bawah program EPIC Homes yang dapat membekal elektrik dan air bersih kepada Orang Asli dengan lebih jimat dan pantas.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN