Bekas Naib Ketua Pemuda nafi bersalah amang seksual, liwat

Bekas Naib Ketua Pemuda nafi bersalah atas sembilan tuduhan amang seksual, liwat

ZURAIDI Mazlan (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi dengan sembilan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan liwat terhadap enam remaja lelaki sejak 2017.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Bekas Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik di Mersing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan liwat terhadap enam remaja lelaki antara 2017 hingga Mac lalu.

Tertuduh, Zuraidi Mazlan, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Hayda Faridzal Abu Hasan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Zuraidi didakwa dengan tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual ke atas empat remaja lelaki berusia 14, 15 dan 16 tahun dengan menyentuh badan, memeluk dan mencium pipi mangsa serta menyuruh salah seorang mangsa menghisap kemaluannya di Perumahan Nelayan, Kampung Penyabong, Mersing.

Dia didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (d) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum sebat, jika sabit kesalahan.

Zuraidi turut didakwa dengan dua pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii membabitkan mangsa dua beradik kembar berusia 14 tahun tanpa kerelaan mereka.

Dia didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Khairuddin Khalid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Ahmad Khairuddin tidak menawarkan sebarang jaminan, namun mencadangkan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan, sekiranya mahkamah ingin membenarkan tertuduh diikat jamin serta syarat tambahan, iaitu pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi.

Zuraidi dalam rayuan memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana menyara ibunya berusia 57 tahun, bapa tiri berumur 56 tahun dan seorang anak yang masih bersekolah serta mempunyai penyakit buasir.

Hayda Faridzal kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruhannya RM45,000 serta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 11 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi  serahan dokumen dan  lantikan peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya