Bantuan one-off Tapem tidak pilih parti, kaum dan agama

Bantuan one-off Tapem tidak pilih parti, kaum dan agama

RAIS Yasin menyampaikan bantuan kepada seorang penerima pada Majlis Penyampaian Bantuan One-Off IPT Peringkat Parlimen Tangga Batu di Taman Paya Rumput Perdana, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tabung Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) tidak memilih parti, kaum dan agama dalam menyalurkan bantuan secara sekali bayar (one-off) kepada pelajar yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta.

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Rais Yasin berkata, pelajar yang menetap di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang juga tidak diketepikan.

Menurutnya, dakwaan bahawa kerajaan negeri atau Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (Japerun) Sungai Udang tidak membantu pelajar di situ adalah tidak benar.

“Jangan dengar perkara-perkara yang tidak betul sebab ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengambil kesempatan mengatakan kerajaan negeri atau Japerun Sungai Udang tidak membantu.

“Sebagai contoh bantuan one-off bagi Parlimen Tangga Batu seramai 21 pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPT dari DUN Sungai Udang turut menerima bantuan RM400 untuk diploma dan RM600 ijazah ke atas,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan One-Off IPT Peringkat Parlimen Tangga Batu di Taman Paya Rumput Perdana di sini, semalam.

Tambah Rais yang juga ADUN Paya Rumput, masih ramai pelajar belum memohon bantuan itu manakala tempoh permohonan adalah selama enam bulan bermula dari tarikh pada surat tawaran kemasukan masing-masing.

“Mereka masih boleh memohon bantuan itu sama ada datang ke mana-mana Japerun atau ke Pejabat Tapem di Kota Cemerlang atau melalui laman sesawang agensi itu,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya