'Bantu saya cari ibu kandung Nur Aleeya'

‘Bantu saya cari ibu kandung Nur Aleeya’

SITI ASIAH Samion bersama anak angkatnya, Nur Aleeya Abdul Rahman yang dijaga sejak lahir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang wanita di Felda Endau, dekat sini meminta bantuan orang ramai mengesan ibu kandung anak angkatnya bagi urusan permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Siti Asiah Samion, 47, berkata, Nur Aleeya Abdul Rahman, 4, dijaganya sejak lahir selepas diserahkan ibu kandungnya yang merupakan warga Indonesia bernama Ananda Ramania.

Menurutnya, ibu kandung anak angkatnya itu memaklumkan tidak dapat menjaga bayinya kerana Nur Aleeya lahir dalam keadaan tidak cukup bulan.

“Dia bimbang tidak mampu jaga anaknya dengan baik, lalu menyerahkannya kepada saya untuk dijaga dan sejak itu saya tidak pernah berjumpanya lagi.

“Kini usia Nur Aleeya sudah empat tahun. Saya dan suami bercadang untuk menghantar dia ke sekolah seperti kanak-kanak seusianya dan itu memerlukan dokumen anak angkat yang lengkap,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Justeru, mereka yang berkahwin lebih 20 tahun lalu dan tidak dikurniakan anak amat berharap ibu kandung Nur Aleya dapat hadir ke pejabat JKM bagi melancarkan urusan proses permohonan anak angkat tersebut.

Orang ramai yang mengenali ibu Nur Aleeya diminta menghubungi suaminya, Shamsuri Don menerusi alian 0167087157. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN