Banjir: Sistem perparitan perlu dinaik taraf di Perlis

Banjir: Sistem perparitan perlu dinaik taraf di Perlis

SHAHIDAN Kasim (kanan) berbual bersama salah seorang mangsa ketika meninjau mangsa banjir di PPS SK Sena, Kangar, Perlis semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sistem perparitan di beberapa kawasan sekitar negeri ini perlu dinaik taraf bagi mengatasi permasalahan isu banjir kilat yang sering berlaku sekiranya hujan lebat berterusan.

Antara kawasan yang kerap dinaiki dan dilihat perlu dinaik taraf sistem perparitan adalah seperti Kubang Gajah, Kampung Banat, Kampung Stesen, Kampung Utan Buloh, Jelempok, Kampung Rambai dan beberapa lagi.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pembangunan baharu yang tumbuh pada ketika ini seharusnya dilaksanakan seiring dengan sistem perparitan yang lebih besar bagi menampung air sekiranya hujan lebat.

“Saya lihat banyak kawasan yang sistem perparitannya perlu dinaik taraf kerana tidak mampu untuk menampung air jika hujan lebat lalu mengakibatkan banjir kilat.

“Semua pembangunan baharu termasuk pengubahsuaian rumah juga perlu diambil kira tentang sistem perparitan supaya isu banjir kilat ini tak berulang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, Shahidan turut berkesempatan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sena dan PPS SK Kubang Gajah.

Jumlah mangsa yang ditempatkan di lima PPS di Perlis PPS setakat ini adalah seramai 686 orang dengan membabitkan 225 keluarga.

Selain itu, dua sungai di negeri ini turut merekodkan bacaan paras bahaya iaitu Sungai Timah Tasoh (29.63 meter) dan Sungai Gial (9.92 meter).

Dalam pada itu, Shahidan berkata, pembangunan projek baharu di negeri ini perlu dikawal malah longkang sedia ada juga sewajarnya diselenggara bagi mengurangkan impak banjir kilat pada musim hujan ini.

“Malah jika berlakunya hujan, kawasan berpotensi banjir itu perlu dipantau bagi membolehkan longkang atau parit tersumbat dapat dilancarkan segera pengaliran air,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya